pejam . celik . pejam . celik .
Rejab sudah kembali,
bila Rejab kembali,apa maksudnya ?
Syaaban dan Ramadhan juga semakin menghampiri .
AllahuAkbar :)
bila tibanya Ramadhan,aku akan teringatkan Ipoh,
bertandangnya aku ke Ipoh atas sebab belajar sahaja
tapi
banyak perkara dan hikmah di sebaliknya ,
Ramadhan di Ipoh cukup meriah walaupun itu bandar
selalunya orang kata di kampung
lebih terasa ye dok?
tapi masalahnya
di kampung pun makin pupus budaya di kala
Ramadhan menjelma ,
Ramadhan di Ipoh,
dengan tarawihnya 8 atau 20 rakaat ,
dengan ceramah agamanya ,
dengan iftarnya ,
dengan bazaar ramadhannya ,
dengan sahurnya yang sekadar oat ,
kalau pelajar yang berjimat macam kami nih,
iftar tak da maknanya pergi membeli ,
muka masjid setiap hari ,
tapi pergi beserta dengan tarawih yaa :)
Lillah,aku akan rindukan Ramadhan di Ipoh
tahun depan ,
Insya Allah :)
Alhamdulillah praktikal dah habis
Alhamdulillah juga pensyarah aku nilai dengan sebaiknya
tapi
balik Ipoh seminggu pun aku sudah tak tahan dugaannya
macam mana sem depan aku nak masuk kelas
berdepan orang yang asalnya aku benci
tapi aku terima kerna ilmunya
sampai benci bertukar kepada sayang
mungkin akan bertukar balik kepada benci
Wallahualam ,
minta dijauhkan..
sesungguhnya ,.
bila Allah mahu mencampakkan rasa BAHAGIA
dalam diri kita,
tiada apa yang dapat menghalang bahagia itu
dari dalam diri kita
walaupun diri kita dilukai
mahupun dipenjara ,
begitu juga bila sedih ,
bila Allah mahu mencampakkan rasa SEDIH
dalam diri kita ,
tiada apa yang dapat menghalangnya
walaupun dihalang menggunakan harta ,
ditangkis melalui lelaki atau perempuan ,
mahupun melalui kuasa ,
rasa itu tetap masih ada ..
:)
doakan kesihatan aku ,
biasalah sakit itu kifarah
sama ada sakit luaran atau dalaman ,
cuma aku lebih sikit,
dapat keduanya
:)
Wasalam ,.
No comments:
Post a Comment