Thursday, 31 January 2013

SAHARA.!

Assalamualaikum,,..

sekarang nih di youtube tengah duk femes tentang satu drama di ASTRO PRIMA nih n bertajuk SAHARA..

Sahara nih gadis yang bertudung n berniqab atau dalam kata lain,
berpurdah..

drama nih elok,tapi apa yang tak eloknya bila diselitkan dengan perasaan cinta antara satu sama lain..

bukan saya nak kata perasaan itu tak bagus..
saya tak mengiakan n tidak juga menidakkan..
tetapi  apabila perasaan itu diluahkan melalui perbuatan yang tidak sepatutnya,..

maka,

buruklah jadinya..

sahara itu gadis yang manis menutup auratnya tetapi ada satu adegan di mana Sahara hampir terjatuh n disambut oleh seorang lelaki ini..

dan memang tak manis sangat pabila lelaki yang bukan mahramnya itu memeluk belakangnya untuk sokong dia punya badan..
n gadis tu pegang laki tu punya tangan..

bila nak terjatuh tu,..
mata saling bertaut..keduanya sama-sama terpegun..
macam cerita mat saleh plak
walhal nak buat cerita yang unsurnya islamik..

drama ini dikecam sebab menghina amalan pemakaian isteri-isteri Rasulullah S.A.W...




pakai bertutup bagai,
tapi sayang...
ada juga benda yang tak sepatutnya dibuat..

malu menengoknya..
kalau bangsa n agama lain tengok,
nak kata apa.?

konon bertutup bagai tapi..
berpegang macam tu jugak..

pengarahnya nak tunjuk tentang tanda-tanda akhir zaman KAH?
kalau boleh,..
biar dibuang sahaja drama nih..
tak elok langsung tambah-tambah bila anak-anak muda yang cetek pemikirennya tengok cerita tu..

apa yang depa rasa?
apa yang depa fikir?

ini link di youtube tentang cerita itu..

http://www.youtube.com/watch?v=S0uxa3j1n4M

ramai yang pakat maki dekat facebook,twitter n youtube pasal cerita nih..

pengarah dia tak sedar ka buat-buat tak sedar?
aduhai,..dunia akhir zaman..:'(

Wasalam..






Wednesday, 30 January 2013

Siti Hajar

Assalamualaikum..

malam semalam saya terbaca satu blog nih tentang
seorang pelajar UTEM,..

namanya siti hajar..
umur dalam linkungan 20-an..
siti hajar ini masya-Allah saya tak taw nak cakap camna,..

dia seorang yang amat taat pada Tuhannya,..
cerita tentang dirinya didengar sebab dia accident..
keadaan dia agak teruk 
tapi,..
ketaatan dia pada Tuhan memang kuat..
cukup cukup kuat..!
kuat sesangat.!

kalau mak atau ayah dia kena tinggalkan dia kejap di hospital,
dia takkan risaukan parents dia..
ayat yang selalu dia cakap,.
"tak apa,Allah jaga akak,.."
"tak apa mak,Allah ada dengan akak.."

dia sentiasa percaya dengan Allah..
apa jua yang dia buat,Allah sentiasa ada dalam hatinya..
Allah tak pernah hilang walau sesaat dari hatinya walaupun dalam keadaannya yang makin nazak dari hari ke hari..

selain itu,kak siti hajar ni memang amat saya kagumi dengan ketabahannya..
dia dapat taw yang dia akan menjadi lumpuh sementara,
tapi..
tiada keluhan,
tiada tangisan,..
hanya senyuman dari bibirnya sambil berkata,.
"tak apa,ini pun kakak sudah beryukur.."

Ya Allah,sayu hati mendengarnya...
ujian yang dia hadapi sangat kuat
tapi,..
dengan tenangnya dia terima dengan hati yang lapang,
dengan hati yang redha,.
dengan hati yang sabar
tanpa keluh kesah kerna mengingatkan akan dirinya lebih beruntung daripada orang lain..

dalam keadaan sakit teruk macam itu sekalipun,
sembahyang tak pernah dilupakannya..
kak hajar cakap dia amat beruntung ibu dia sanggup buat macam-macam untuknya..

dia tak sesal atas apa yang menimpanya,
tapi lagi bersyukur lagi ada laa..

bila orang yang tengah sakit nih tambah2 lagi yang sakit teruk,
biasalah,macam-macam yang didengar dan dialaminya..
kak siti hajar ini pernah terdengar seruan 'SUBHANALLAH'
banyak kali dan bila ditanya pada ibunya,
ibu dia cakap mungkin orang azan,
tapi dia menyanggah sebab time tu bukan time solat lagi..

and then kak hajar nih pernah dengar bau yang wangi bila duduk dengan ayah dia..
tiba2 dia tersenyum n ayah dia tanya..kenapa dia tersenyum?
dia cakap dia ada bau benda wangi...
ayah dia tak tinggalkan dia malam itu..

Apa yang sedihnya bila saat-saat dia nazak,..
Nabi pernah cakap,
bila tibanya masa ajal kita,
mata jadi kabur,
telinga tak dapat mendengar n satu demi satu deria kita hilang..

dan satu malam bila kak hajar nih tetiba dia sesak nafas n cakap dekat mak dia yang mata dia kabur..
bebola mata dia naik ke atas..
doktor datang dan cuma selamatkan dia..

doktor buat cpr yang guna iron tu..
masa doktor buat tu,mak dia sedih sangat..
sebab kak hajar tu baru lepas operate tulang belakang..
kalau dia terselamat pun.,mesty tulang belakag dia akan ada masalah..

mak dia tak bagi doktor buat dah even sambung badannya kepada mesin penyambung nyawa sebab dia tak sanggup tengok anak dia menderita..

dan suatu hari,siti hajar meninggal selepas pelbagai derita yang ditanggungnya..

kekadang saya pernah terpikir untuk jadi seperti kak siti hajar..
tudungnya sentiasa labuh n sentiasa berjubah..
akhlaknya baik..
sentiasa tabah dalam hadapi sesuatu,..
tapi..
tak taw laa.
mungkin belum terbuka lagi hati..

semoga rohnya dicucuri rahmat..



Al-Fatihah buatnya..:')

Wasalam..













Tuesday, 29 January 2013

freedom

Assalamualaikum,..

seen that it has be long time i didn't write at here..

FREEDOM

why i'm said about freedom?

remaja sekarang nih suka sangat dengan peace n freedom dia tu..
terlampau nakkan benda tu sampai macam-macam benda yang tak masok akal dibuat semata-mata untuk benda tu saja..



andai kata..
kita boleh bebas,
bebas dari apa jua yang melanda,..
bebas dari segala masalah yang mendatang,..
bebas dari pelbagai jenis orang yang diketahui perangainya,..
bebas dari dunia yang semakin hilang kawalan ini,..

anak muda fikirannya memang sebegitu,..
ingin bebas itu universal
tetapi,.
kita tidak pernah bebas daripada penglihatan ALLAH S.W.T.

siapalah kita ini,..
hamba yang hanya menumpang buat sementara waktu di bumi ciptaanNYA,..



siap tak inginkan bebas kan?
benda itu normal..

DOING WHAT YOU LIKE IS FREEDOM,..
LIKING WHAT YOU DO IS HAPPINESS..


TAKE CHANCES
DO CRAZY THINGS
YOU ONLY LIVE ONCE


more love,less hate
more that your goal every day





Wasalam...

Saturday, 19 January 2013

UITM Seri Iskandar

i'm accept anyone as long as they accept me

Assalamualaikum..

 I have tell before about UITM Lendu ,Melaka right?
but this night i heard some people said about UITM Seri Iskandar
at Seri Iskandar,Perak..

universiti ini juga kononnya ada juga terjadi kes seperti di UITM Lendu..
ada ura-ura yang didengar oleh saya,
masalah histeria di UITM Seri Iskandar terjadi semalam juga..
tapi maybe UITM Lendu lebih mendapat perhatian..

kononnya di blok dahlia di UITM Seri Iskandar ada terjadi juga masalah histeria..

saya tahu bagaimana kedudukan kampus uitm ini..
terletaknya di bandar baru di Perak..
bandar ini bandar yang semakin berkembang sekarang ini..
kedudukan kampus ini agak jauh dari jalan raya..
kelilingya juga boleh dikatakan hutan..

ada juga yang saya baca ada student di uitm itu kena histeria selepas baca kes di UITM Lendu..
Wallahualam..semua itu di luar jangkaan kita.. :)

3 blok kat uitm itu kena histeria dengar kata..
saya banyak peroleh maklumat seperti ini di twitter,..
dan banyak yang datang dari pelajarnya..

betul atau tidak,kita serahkan pada Allah Ta'ala saja laa..
Dia lebih mengetahui..

doakan semua dalam keadaan yang baik..
Aminn :)

Wasalam..

Friday, 18 January 2013

UITM Lendu

i'm accept anyone as long as they accept me

Assalamualaikum..

Lately,saya selalu dengar cerita pasal IPTA 
haritu pasal kes bunuh diri dekat poli syed sirajuddin perlis..
then ,this night..
i heard about something new at UITM Lendu,Melaka..

tak tahu laa benda nih betul atau tak,
sebab ada yang kata rumours sahaja..

ada dengar yang ada terjadi kes histeria di UITM tersebut..
kes tu macam makin merebak laa..

ada yang kata ada kes hilang barang
mula-mula tu tak sedar tapi bila diperhatikan baru sedar,ada satu..dua..tiga...barang hilang..

then,ada gak pernah cakap ada pontianak laa..
macam-macam..

yang terbaru gambar student UITM 
tangkap gambar dekat tasek n ada perempuan pakai baju ulik mayang di belakangnya ..
perempuan tu tengh menari dekat tepi tasek..
betul atau tak,Wallahualam..
saya hanya mendengar ceritanya sahaja tambah-tambah lagi bila tengok twitter..

tapi bila di twitte sibuk menghebohkan pasal hal nih,..
student student di sana ramai cakap yang diorang tak taw pasal hal ini..
and this story are rumours only..

hailaa..hailaa...
takpa laa,doakan saja kita n semua umat islam selamat...
biasa laa,
bila tempat yang dulunya hutan ditarah untuk pembangunan,
macam-macam benda laa nak mai..:)
itu semua kuasa Ilahi..

bila Allah kata Kun Fa Ya Kun..maka jadilah ia..

saya sendiri pernah jadi mangsa kes histeria,..
ada 'benda' yang terlanggar dengan kita..
sebab tu boleyh terkena tu..

it happens more than one time,..
bila jadi macam tu,saya cuma nak nanges saja..
badan tak boleyh kawal,lembik selembik lembiknya..
ada cikgu sampai 2-3 jam tolong ubatkan,.
tapi tak bagi effect apa..
bila dengar ayat al-Quran lagi kuat nak menangis tu tambah-tambah lagi bila azan..

bila nak terjadi n terkena jaa histeria tu,as sure,
kengkawan saya akan perasan muka saya lain,.
bukan macam shahira..
faktor nak terkenanya tu,,
jantung berdenyut tak berhenti n laju..
laju sesangat.!!


ada senior yang rapat dengan saya dulu nih cuba ubatkan dengan baca ayat-ayat dan bagi saya minum air yang dijampi..
sperti reflek yang sudah ditetapkan,
bila disua,saya akan menolaknya..

dan pabila ayah dan mak datang ambil saya dan bawa terus dekat seorang pengamal perubatan nih..
dia cakap something yg agak takut gak laa..

"dalam kereta tadi ada lagi duk dekat dia"

aduhai pakcik..
bagi hati saya takut betul..
itu hanya secebis dari pengalaman saya..

ini gambar yang di UITM Lendu tu,,
ta tahulah betul atau tak..





Wasalam..













Wednesday, 16 January 2013

darah rendah

i'm accept anyone as long as they accept me

Assalamualaikum...

selalunya kita asyik dengaq pasal darah tinggi saja,
tapi..
kita tak tau sebenarnya penyakit darah rendah pun merbahaya juga..

Lately,masalah darah rendah ataupun hipontesi selalu menyerang saya..
penyakit ini dapat taw lama dah..
tapi masalah besarnya yang selalu duk kena penyakit ni ialah sebab tak suka makan ubat..!

nak datang belajar nih pun doktor bagi ubat sampai 4 kotak..
tapi yang disentuh cuma 1 kotak lebih.,
then..
pekasam laa jawabnya..



apa itu darah rendah ?

darah rendah ialah masalah darah yang tidak dipam ke organ badan dengan efektif..
ia merupakan suatu keadaan di mana tekanan darah seseorang turun di bawah 90/60 mmHg


punca darah rendah..

  • kurangnya pemampatan darah dari jantung..
  • Kandungan darah dalam badan sedikit oleh sebab beberapa faktor.
  • kurang vitamin B12 dan asid folik.
CAMNA NAK ATASINYA?

 - Makan lebih garam dalam diet makanan..
- Minum air dalam kuantiti yang banyak...
- Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap..
- Ubah posisi badan perlahan-lahan selepas bangun tidur
- Tarik nafas sekejap apabila bangun dari tidur..
- Tinggikan ketinggian bantal apabila tidur untuk membantu mengurangkan kesan graviti..
- Menjalankan aktiviti olahraga..
- Mengamalkan pengambilan kacang..




haha,dah taw kan..

selamat mencuba..


Wasalam..



sedeyh..:(

Assalamualaikum.. SEDIH.. Sedih nih ada banyak jenis dan banyak faktornya.. tapi.. sedih itu membuatkan kita lebih kuat.. membuatkan kita lebih tabah.. membuatkan semangat kita lebih kental.. menyedarkan kita bahawa semua yang berlaku tidak manis sahaja.. setiap apa yang terjadi ada sesuatu di sebaliknya.. ambil contoh seperti ibu kita.. tipu andai kata dia tidak pernah sedih.. tapi kuatnya seorang ibu itu.. wanita diam kerna sedihnya.. lelaki pendam kerna sedihnya jua.. sedih itu universal.. siapa makhluk Allah,pasti akan terasa sedihnya sendiri.. kita hanya hamba yang menurut perintah dariNYA di samping sentiasa mengekalkan usaha.. LA TAHZAN.!! :)

Saturday, 12 January 2013

i'm accept anyone as long as they accept me

Assalamualaikum..

malam nih eyh nak tulis bout something yang dirasa
penting laa buat masa sekarang
tambah-tambah lagi bila dah akhir zaman nih kan..

MASA

masa memang makin lama
makin jelesz dowh dengan kita,..

Allah pun dah pesan,
bila makin singkatnya masa yang kita ada,
makin tibalah kita ke akhir zaman..


orang tua-tua cakap..
jangan biar lama-lama sesuatu benda itu..
nanti menyesal,..
sebab masa dah makin berkurang sekarang..

masa makin pergi tinggalkan..

sampai ada research dibuat 
singapura merupakan negara paling tak ada perasaan n sebab apakah?
sebab tiada masa..

sebab masa,kita nak cepat..
sebab masa kita jauh..
sebab masa kita lalai..
tapi itu semua andai kita tak tahu menghargainya..

masa itu penting,,
tapi penting juga untuk melupakan sesuatu yang sudah lepas..
now or soon,.
tambah-tambah lagi yang menyakitkan hati..



tapi selalunya manusia leka dengan masa..
leka dengan apa yang ada dalam sesuatu masa itu..
ruginya manusia terkadang itu kerna masa..



MASA IBARAT MATA PEDANG..
ANDAI KAMU TIDAK MEMOTONGNYA,
MAKA IA AKAN MEMOTONG KAMU..

gunakanlah masa pabila sebelum datangnya kesempitan..
semasa muda sebelum tua..
semasa kaya sebelum miskin..
semasa sihat sebelum sakit..
semasa lapang sebelum sibuk..
semasa hidup sebelum mati..

Wasalam..

Thursday, 10 January 2013

solat

i'm accept anyone as long as they accept me


Assalamualaikum..

SOLAT.!!

kita ini hanya hamba Allah yang berterbangan di muka bumi ini untuk meneruskan hidup  yang sepatutnya berlandaskan syariat Allah
kerna Allah lah yang menjadikan kita dalam keadaan sesuatu
dan sebegitu rupa...


hari ini Jumaat,hari yang paling barakah,
hari terjadinya kiamat..
hari yang sepatutnya umat Islam lelaki
menunaikan solat..
hari dimana siapa yang mendapat kematian pada hari ini
terlepas darinya seksaan kubur..



bila sebut pasal JODOH,
ramai yang tertarik dan akan khusyuk mendengarnya..
tapi kalau bab SOLAT..
semput juga laa bilangan yang nak ambil tahu nih..

SOLAT ITU..

- Penenang jiwa
- Pelembut hati
- Penyembuh masalah
- Tanda taatnya kita pada Tuhan kita
- Tanda sayangnya kita padaNYA
- Tanda kesyukuran kita
- Tanda kesabaran kita
- Tanda kita tidak keseorangan

KENAPA ?

kerna Allah tidak akan membiarkan hamba-hambaNYA keseorangan..
biar ujian menimpa,tapi andai kata kita kuat berpegang dengan apa yang Allah bagi..,
nescaya..
hilanglah kesakitan itu..
sakit itu memang pedih..
tapi jika sakit itu dilindungi dengan naungan dari Allah,
sakit itu akan terasa manis dalam pedihnya..

setiap apa yang Allah bagi ada penyebabnya..
tiada yang diberiNYA sia-sia..

tepuk dada tanya selera,
tepuk dada tanya iman kita sampai mana kepadaNYA...

kita ingat pada Allah,
Allah akan ingat pada kita berkali-kali gandanya..

sabar itu kuat,.
sabar itu teguh,.
sabar itu manis,.

tiada kepahitan yang indah,.
tapi sabar itu sebaik kemanisan...

SALAM JUMAAT..



Wasalam..