Saturday, 31 May 2014

dalca 😰

Assalamualaikum,.


dalca ,

kapa taw dalca tu apa?

kapa -hampa

taw - tahu

dalca - makanan yang ada ayam/daging,kentang ,carrot, terung
dan dibuat macam gulai .

aku lapar ka tetiba sebut dalca ?

tidak wahai anak anakku ,.

sebonarnya ehh

aku nak cerita macam macam harini 

sebut tu dia jadi dalca sikit .

hikhokkkk xD

kita selalu mulakan sesuatu majlis dengan 

ibu kitab, al-fatihah kan?

so ,jom dengaq pasai al-fatihah dulu ..

al-Fatihah

kita kita ni sekarang suka mulakan sesuatu dengan 

ibu kitab kan ?

bagus sebenarnya

amattt amattt amattt bagus sekali ! 👍👍

al-Fatihah ini banyak fungsi sebenarnya 

melainkan dari ibu kitab sahaja,

aku kutip nih dari ustaz Sharhan Shafie,

pengamal perubatan Islam n pendakwah bebas.

1. kena sengat 

ambil air ,bubuh garam di dalamnya
dan 
baca al-Fatihah 21 kali ,
dan 
sapu pada tempat sengatan 

beserta niat kepada Allah .

2.Mata

untuk mata yang elok ,

amalkan baca 40 kali al-Fatihah selepas solat subuh

dan lepas habis baca tu ,

calitkan air liur di kedua dua kuku ibu jari tangan

dan sapukan di kedua dua mata 

beserta niat kepada Allah .

3. Minda 

untuk minda yang lupa,

tulis al-Fatihah di atas pinggan putih 

tulis tu guna za'faran yaa,

bukan marker,racun tu!

lepas tulis,larutkan dalam air dan minum 

beserta niat kepada Allah 

4. resdung 

sapa sapa yang resdung ,

macam aku nih ,kuakuakua

ambil air kolah masjid .

air kolah pun jangan yang ada paip

nak yang cedok sendiri.

ambil air tu ,secebok gitu laa kan,.

baca al-Fatihah ,

sedut ke dalam hidung beserta niat 

kepada Allah Ya Rahman Ya Rahim ,.

kenapa ayaq kolah masjid?

air kolah rumah kita tak boleh ka?

sebab,.

air kolah masjid adalah air yang mendengar 

azan 5 kali sehari,

mendengar iqamat,

mendengar bacaan bacaan al-Quran setiap hari .

aku bagi 4 dah laa.

nak bebanyak,

cari buku ustaz Sharhan bertajuk "rahsia al-Fatihah"

kalau rasa segan nak beli ,

tunggu aku beli ,nanti cheq post lain.


okiaq okiaq ,.

setiap orang ada masalah kan?

well,to tell the truth,

if He's tested you 

its because He love you dearly ,

be tough enough to handle it :)




so beauty,


Wasalam ,.

Tuesday, 27 May 2014

celah mana islam kau ?

Assalamualaikum,.

AllahuAkbar

sessesiapa yang tengok berita mesti tahu akan kes ni

tentang kes rogol 

38 orang perogol merogol 2 pelajar tingkatan tiga 

secara bergilir gilir 

dan terjadinya hal itu di Kelantan .

Ya Allah ,

bila terjadinya hal macam ini,

apa yang si mangsa boleh buat hanyalah report polis

dan hal tu masuk berita .

Lillah !

derita yang amat sangat akan dirasai sang mangsa

1, trauma

sudah semestinya sebab kalau sampai 38 orang keliling

dan buat depa camtu ,

sedihnya ya Allah 😭

2 , 3 orang laki keliling aku pun dah tak tertahan

apatah lagi sampai 38 orang,

Nauzubillahiminzalik..

2, masalah dalaman

bila dikatakan tentang masalah dalaman

ada banyak yang menakutkan bakal berlaku,

kemaluan sang mangsa mungkin akan koyak

dan andai ada antaranya yang mengandung ,

bagaimana ya Allah,.

besarnya dugaan mereka ..

3, masalah ini cukup besar 

namun apa yang sang perogol bakal terima?

Malaysia negara Islam ,

tapi bila mohon dilaksanakan hukum hudud,

semua senyap sepi

hukum sendiri dicipta

walhal hukum Allah ditolak tepi.

atas setiap hukuman yang perlu dilaksanakan 

menggunakan hudud

tapi 

tidak dilaksanakan ,

akan ada balasan mengapa kamu membiarkan sahaja

hukum itu tidak dilaksanakan 

ingat!

apa yang mereka tanggung,

tapi 

kamu tidak berikan hukuman yang setimpal,

jawab di akhirat nanti sebaiknya !

itu sang penghukum,

kalau sang perogol pulak.

siksanya lagi berat

engkau tunggulah jawapannya di akhirat nanti !

di India yang merogol dalam sedozen

tapi 

kecoh satu dunia

di sini 38 orang !

malukan negara ,bangsa saja !

ni masalah kalau kecik kecik tak mow mampuih

besaq besaq pi rogol anak dara orang !

nafsu besaq harimau !

moga mereka mendapat balasan setimpalnya 

andai tidak di dunia,

di akhirat takkan terlepas jua !

Wallahualam,

Wasalam ,.

Thursday, 22 May 2014

eh eh ,camna redha tu eh ?

Assalamualaikum,.
eh eh awak !

eh eh kamu !

hahahah

lately aku suka the ('eh eh ')

xD

rasanya tak larat nak diungkap dah perkara ni,

tapi

aku rasa macam perlu berceritera

sebab 

ramai antara kita sekarang ini yang cukup sukar

untuk redha.

berat .

redha nih berat .

sebelum nak mencapai redha yang sebenar benarnya ,

ada jalan yang penuh dengan batu kerikil untuk dilalui

kenapa batu kerikil ?

sebab batu kerikil ini kita anggap biasa

sekadar batu kecil.

lainlah kalau duri ye dakk ?

tapi cuba jalan dan hadapinya dengan perlahan lahan 

sampai ke otak nih bernanah 

dush !

tapi kalau kita nikmati redha yang sebenar benarnya ,

percaya cakap ana.

kita akan rasa suatu nikmat yang Allah beri itu 

terlalu besar .

perasaan tu

tidak boleh diungkap.

terlalu tenang .

terlalu lapang .

aku pernah merasai nikmat redha itu .

di mana ,dalam aku menjalani sesuatu perkara

sebelum aku merasakan redha itu 

agak lama

dan

agak menyedihkan 

tapi

selepas itu,aku menerima satu lagi ujian 

berkenaan dengan perkara itu.

bila aku dapat taw tentang hal tu,

aku senyap .

agak terasa tapi tak banyak

tapi

apa yang pasti,

aku terasa lapangnya

aku tak menangis

aku terasa sesuatu yang tak boleh diberitahu

di mana hal itu kita terima dengan seadanya .

percaya pada Allah

sebab semua ini sudah tertulis

sejak aku di dalam perut mak lagi .


sebab tulaa

sudah difirman oleh Allah S.W.T.

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan
yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan,
akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.” 
 (Al Ahzab :36)


redha itu hanya satu perkataan

tapi 

satu perkataan itu yang menentukan samada kita kuat

satu perkataan itu yang menandakan samada kita tabah

setiap orang ada ceritanya sendiri .

nak tak nak ,

kita tetap kena terima

tapi

kalau setakat kau putus cinta jaa

tapi 

mak bapak kau ada

duit kau tak pernah kering kontang

makan 3-4 kali sehari

sihat walafiat demam setahun sekali

ada katil untuk tidoq

pikirlah banyak kali 

kenapa nak terus menerus bersedih ?

kalau terus bersedih juga

tu maknanya hang memang tak reti bersyukur

Wallahualam.

Wassalam,.


Sunday, 18 May 2014

kenapa ? kenapa ? kenapa ? !!!!!!!

Assalamualaikum,.

jawab laa salam tu,.

oleh sebab cuti sem nih aku masuk kelas menjahit

tapi memandangkan harini aku tak pergi kelas,

apalagi,

tulis blog laa jawabnya ..


gila ahh

sekarang nih musim  stress ehh?

baca tajuk blog kali nih pun 

boleh merasai kestresan itu,.

mana aku tak stress 

buka twitter ,berderet deret pasal cinta

buka instagram ,kuot kuot cinta 

buka Facebook, bab pasrah bercinta juga..

buka wechat, bab patah hati berlungguk

aku nih ibarat kena sindrom down 

menengok anak anak muda sekarang

sekolah tak habis lagi ,

mak bapak bagi duit sekolah tiap hari,

nak bercinta lagi?

adik adik tahu tak

soalan paper add math spm 2011 

lagi memeningkan dari masalah cinta hampa tu,


dan pabila tiba hari yang aman 

macam harinih,

aku mengharapkan buka twitter 

dapat ilmu ka dak pun gelak gelak sikit

ayat sedih pakwe tinggai ada laa -..-


n i 'm feel like .

don't' be such a disaster girl or else u a slut !

sebab banyaknya perempuan

sedihh makk ko nyahhhh !

kenapa ? kenapa ? kenapa ?!!!!!!!!!

tak cukup lagi kah sayang dari mak ayah?

sampai kena cari orang asing?

bila dikecewakan,

tahu menyesal,lepastu sambung balik

ngek ngek ngek !

itu satu hal 'kenapa' aku

yang kedua ,

anak anak mesti tahu kan pasal ahmad said?

tak perlu pakai 'dato' 

nanti kat akhirat panggil nama dia camtu gak

aku benci nak cakap hal ni

cukup benci !

sebab apa ?

sebab politik ni sampah !

sewangi wangi politik ialah yang mengikut

telunjuk Rasulullah s.a.w.

bukannya macam politik sekarang

cukup busuk !

cukup hanyir !

hampir semuanya gilakan duit !

sedangkan kalau tengok umur,

kubur panggil balik ke tanah dah

hampir semuanya gilakan duit !

bila keluarkan ayat,semuanya ayat tak pakai otak

memalukan diri sendiri

if we could see tok wan Mahathir ,

no one dare said anything about him.

sekurang kurangnya contohi sikit prinsip dia

ini masalahnya ,

bila orang buat tak tahu dekat dia ,keluar parti..

and 

bila dah keluar,orang tak layan juga

masuk balikk parti,

ibarat buang tahi tepi jalan,

patah balik n sambung cium tahi tu 

masalah yang jadinya busuk ini sebab duit

sapa taknak duit,?

aku pun nak,dalam list nih macam macam tak terbeli lagi,


kalau diperhatikan,

kebanyakan negara Islam sebegini,

pemimpin menggunakan duit dan harta rakyat awam 

sesuka hati ,

sedangkan kalau diperhatikan,di united kingdom barangkali,

HM Queen yang berkhidmat hampir 

70 tahun dan ke atas ,

ada dicadangkan untuk diberikan kapal atas 

perkhidmatannya yang sekian lama,

tapi tetap dipertikaikan oleh kerajaan 

kerna

kebarangkalian menggunakan duit rakyat itu ada,

HM Queen tu jumpa rakyat time hujan pun

pegang payung sendiri,

cuma ada security saja yang mengawal.

aku selalu tutup mata 

tutup telinga 

tutup mulut akan hal ni,

tapi benci ini cukup memualkan,

tapi cemuihh nih dah cukup menyakitkan

kenapa ? kenapa ? kenapa ?!!!!


AllahuAkbar,.

pikirin dosa kita,



yang ketiga 'kenapa' aku 

aku tak faham kenapa ada sesetengah orang,

tak boleh tengok orang senang ,

hingga satu tahap ,

sanggup pergi menyampaikan aib orang 

kepada orang lain.

kalau dilihat ummah sekarang ,

banyak yang boleh membuatkan kita terduduk menangis

apa dosa seseorang tu sampai 

teganya kita sebar aib dia

kalau benda betul,

tak apa juga,

ini benda tak betul,

kenapa ? kenapa ? kenapa ?!!!!

Allah ,

ampunkan aku,

ampunkan kami.


Wasalam,.



Monday, 12 May 2014

hari ibu . Politeknik Premier Ungku Omar .apakah ?

Assalamualaikum,

selamat hari ibu diucapkan buat 

ibu-ibu seluruh dunia,

ada aku dengar mother's day nihhh

sebenaqnya disambut buat mother Teresa .

ibu yang terkenal dalam penganut Kristian ,

tapi,.

apa salahnya kalau kita sambut hari IBU

asalkan kita tak sambut mother Teresa tu

:)

saya ada ibu ,

dia ada ibu ,

beliau ada ibu ,

awak ada ibu ,

kamu ada ibu ,

ucapkanlah kepada ibu,

terima kasih kerna menjaga kita sebelum ini ,

yang redha dengan perangai kita yang 

macam hawaq tu ,

yang sentiasa jumpa barang bila kita tak jumpa ,

yang sentiasa masak untuk kita ,

saja kalau aku tulis apa mak dah buat ,

satu kamus dewan tu tobat lahum 

nak cukup,.

dan selamat hari ibu 

buat makku tersayang 

yang sentiasa dengar bicaraku yang 

entah apa-apa 


oraitt,.

itu tentang hari ibu,

sekarang tentang yang kedua tajuk aku tu

ada seorang hamba Allah ni,

beliau nih kawan aku dekat puo ,

nama apa biaq laa .

nanti pak world I yang duk Korea jeles plak

hihihi ..

okay gatai.

beliau minta saya tulis satu post tentang hidup 

student puo .

pasaipa tak tahu laa

pening juga hamba dengan beliau nih .

seperti diketahui,

aku belajaq dekat puo,Ipoh 

di sini sem 1 jaa boleh duk hostel

sebab hostel untuk sem lain masih dalam pembikinan

sedeh kan ?

bila jadi camnih,hanya yang mohon exco hostel jaa

boleh stay hostel .

bila jadi cenggini ,

student kena tinggal di rumah sewa .

sumpah aku rasa shit gila awal awal dulu

sebab aku suka stay hostel .

duhai sayang sayang sekalian ,

bila stay rumah sewa,

banyak positif dan negatifnya .

takpa laa

kita let it go ..

sini ada dua kampus ,

kampus A n kampus B ,

kampus B untuk perdagangan dan architecture saja

dan 

bila student kampus A pergi kampus B ,

diorang akan buat muka weird gila

kenapa ? aku pun tak tahu .

jpp/mpp ,aku pun pening ..

jpp/mpp selalu buat event,

setiap event mesti pakai duit 

tapi 

sedihnya ,persatuan siswa siswi Islam 

bila nak buat event macam susah kekadang tu.

tapi aku tak nafikan,

event memang banyak :)

banyak yang aku suka di puo ni,

dakwah dan ilmunya banyak,

tidak dengan sesama student ,

mesti ada dengan pensyarah .

tapi kadang aku tak faham .

tengok student kapal,

semua teruja kata yang amik course kapal nih

hidup terjamin

padahal depa tu belajaq sama jaa dengan kita nih

tengok student engineering,mesti kata hebat or player

tengok student it kata ajet macho +poyo

tengok student perdagangan kata ajet ajet n nerd

yang aku paling tak faham

bila ada orang yang hot kt situ kononnya,

deme cakap sapa tak kenai diorang tu,

bukan student puo laa

aku mencari celah mana yang hot nya

kalau tiap sem dekan ,

memang aku respect,

kalau masuk hafazan quran ,

memang aku adore,

kurang kurang masuk laa bahas ka,

pidato ka.

tilawah Quran ka.

memang aku rasa sakai gila yang nih.

hot takat mananya ??!!!!

gerammm siott

ampunkan atas segala bahasa aku.

sebab situ tempat belajar n bukannya 

tempat nak dressing

tempat nak melawa 

tempat nak melawan .

abaikan laa

yang penting 

aku keep it on with the studies

maaf atas bahasa aku.

so my friends,

ini jaa aku boleh bagitaw

sebab mostly aku habiskan waktu

dengan rumah,kelas,library

kawan pun mostly dengan budak kelas,

budak satu course and kengkawan start sem 1

so tak berapa amik kesah sangat 

pasal bebudak yang ajet nih 

tu jaa laa kutt,.

and shuk,I've already answer what you ask

moga semuanya tersemat di jiwa

harap takkan timbul lagi dah,

nanti marka aku marah.

hikhik 

Wasalam,.