Assalamualaikum,.
taknak pusing-pusing.!
taknak belit-belit.!
aku cukup tak faham dengan masalah ini,.
tentang apa?
tentang batasan antara lelaki n wanita,.
both of u tutup aurat,.
tak mengapa,bagus laa..
tapi kenapa perlu wujud lagi sentuhan antara kedua ini?
kenapa mesti ada duduk bersama sama walaupun bukan muhrimnya..
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)
lumrah remaja sekarang asyik dengan cintan cintun..
tapi walau dengan pasangan sekalipun kenapa mesti ada
berpegangan...?
ada besentuhan..?
ada kelunakan suara di situ..?
ada kemanjaan bila becakap...?
ada kelentokan maha dasatt bila bergerak..?
biar kita jadi rock tak apa..
biar kita nampak kasar tak apa..
biar kita nampak garang tak apa..
dari jadi murah,sukahati jaa boleh dipegang..
cuba bila nak dipegang,nak disentuh tu,
cakap dulu..
"bayaq mas kawin dulu,baru boleh pegang.."
nampak kemahalannya di situ..
itu yang pertama yang memang aku sengal,..
yang kedua,.
tentang Ahmad Ammar..
siapa Ahmad Ammar ini?
tetiba jaa dia hot kt fb n twitter,.
malunya aku bila membaca kisahnya,.
baru berusia 20 tahun,tapi semangatnya untuk syahid begitu
berkobar kobar..
ada antara sahabatnya menggelarnya dengan
panggilan "syahid yang tertangguh"
oleh sebab dia terlalu rindukan syahid,.
pernah pergi ke Syria atas misi bantuan kemanusiaan..
penuntut di Universiti Marmara
dalam bidang sejarah Uthmaniyyah..
Beliau dimakankan di Masjid Ayub Sultan,Istanbul
atas sebab kemalangan dan
merupakan orang Malaysia pertama yang diberi penghormatan
untuk disemadikan di kawasan perkuburan
yang menempatkan lebih 60 orang
sahabat Nabi SAW,panglima Uthmaniyyah,
orang ternama dan awliya..
dan mayatnya dikuburkan menghadap Laut Golden Horn..
"Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… Kerana itu lah sepatutnya hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama di dalam khidmat dakwah ini."
al-fatihah..
Wasalam..