Saturday, 12 July 2014

apa engkau rasa?

Assalamualaikum,.


Alhamdulillah aku masih sihat

dan 

Alhamdulillah juga mak ayah dan adik adik aku masih sihat

tapi

mereka di Gaza tak sihat

fizikal mungkin

tapi rohani mereka masih teguh

iman mereka masih tabah

walaupun setiap hari ditimpa.

Ada kisah seorang tua,

beliau dengar dentuman bom dan keluar dari rumah 

cuma untuk meninjau

tapi bila balik rumah takdak sapa dah yang tinggal

semuanya syahid menghadap ilahi

aku dengar tentang ini

dan aku tinggal jauh dari mak ayah

dan bayangkan satu hari aku balik

tetiba jadi camni

Allahu,

bagaimana harus dihadapi?


aku..

pencinta kanak kanak

pencinta bayi

dan aku lihat yahudi membunuh bayi bayi

syiah di syria membunuh anak anak kecil

aku lihat anak anak kecil

dihunus machine

dibunuh buang separuh kepalanya

diacu senapang

muka yang tulus suci tu diacu senapang 

yang boleh bunuh diorang dalam sekelip mata saja

muka yang tiada dosa

muka sang penghuni syurga

Allah,

kalau dibicara tentang andai,

andai aku ada kuasa menghentikannya

andai aku punya masa untuk menariknya

andai aku punya segalanya untuk menghalang

tapi apa yang aku ada untuk menhalang ?

cuma secebis doa yang boleh aku beri

cuma tangis yang aku tatap 

cuma qunut nazilah yang bisa aku hantarkan


aku tahu yahudi tiada perasaan 

dan aku tahu Ariel Sharon dah bersumpah

akan bunuh kanak kanak palestin

tapi demi Allah !

andai Ariel boleh bangun dari kubur !

akan dia hentikan segala jenis penindasan ini

akan dia ceritakan apa penindasan yang dia dapat 

akan dia kabarkan betapa beratnya siksa

yang kaum yahudi akan dapat !

aku lihat ramai manusia yang hebat 

tapi malangnya mereka gagal dalam melindungi manusia lain,.

aku hamba ,

engkau hamba,

dia hamba,

tentera zionis yahudi hamba,

tentera qassam hamba,

dan lihatlah

hamba mana yang paling tinggi kedudukannya .


anak kecil ni hilang ayahnya

menangis meratap di sisi ayah dia ,

"ya Abi !! "
" please don't leave me! "
" I don't want to light up my birthday alone "
" I don't want go to kindergarten alone "
I don't want start my first day alone "

ya tuhan !

hinanya aku kerna hanya boleh pandang dari jauh

kerdilnya aku kerna hanya mampu menangis 

melihat semua ini

aku tak boleh tahan sebak bila tengok kanak kanak yang kena



macam mana tak sedih bila tengok anak anak kena macam ni?

kuatlah kerna mereka

kuatkan iman untuk bantu mereka 

sebarang bantuan boleh dibuat dengan Cara

Wasalam,.

Friday, 27 June 2014

marhaban ! marhaban ! marhaban ya habibi ya ramadhan !

Assalamualaikum,.


semalam dah diisytihar bahawa esok Ramadhan

akan bermula.

walaupun aku tak tengok ,tapi aku taw laa..


RAMADHAN

bulan di mana syaitan diikat .

bulan di mana pahalanya melimpah ruah 

walaupun kebaikan yang kamu buat hanya 

membuang habuk di jalanan.

bulan di mana belaan orang yang syirik pada Allah

hilang kena rantai sebulan .

bulan di mana orang yang sakit kerna gangguan

akan hilang sakit selama sebulan 

dan aku harap benda tu akan berterusan ..

so 

marhaban ya 



bila tiba  bulan ramadhan nih,

aku harap akan sesuatu..

harapnya aku boleh lepaskan segala dendam.

harapnya aku boleh lepaskan segala marah yang bertamu di hati ni...

Dan harapnya aku dapat maafkan orang yang 

buat aku sedih dan benci dengan dunia ni..

mungkin bila ramadhan tiba kita akan berubah ke arah yang lebih baik..






insya Allah

moga Allah memperlancarkannya ..

salam Ramadhan dari saya,.

mohon maaf andai ada salah atau silap

sepanjang kendalikan blog nih

kutt kutt ada yang terasa,

mohon maaf ikhlas dari lubuk hati saya..

Wasalam ,.

Monday, 16 June 2014

benarin udah hilang ?

Assalamualaikum,.

apa yang sudah hilang ?

barang ?

minta mak carikan,mesti jumpa :3 

duit ?

kawan ?

encik boyfreng ?

Eh ?

orait, aku nak mula cerita nih,

kita kawan dengan seseorang ni,

dan mungkin ada perkara yang dia telah lakukan pada kita

bila tiba suatu masa,

kita dah tak ketemu sama dia lagi dah,

mungkin 2,3 tahun,.

mungkin 5,6 tahun,.

mungkin berpuluh tahun lepas tu baru kita jumpa dia pula

takdir Allah ye dak?

bila kita terjumpa kembali,

teringat balik zaman dan keadaan dahulu

bila ini terjadi 

tanya diri kita

adakah kita masih redha dengan apa yang telah dilakukan oleh dia


masih adakah dendam pada dia?

masih geramkah kita dengan dia?

masih sakit hati lagikah dengan dia?

aku takut tentang hal itu 

benarin udah hilang rasa itu?

benar yang kita sememangnya redha?

seredha redhanya kita?


benarin udah hilang ?

apa pulak yang hilang lagi ??

hilang rasa sayang pada sang ajnabi ..

hilang dendam pada orang yang menganiaya kita 

hilang rasa marah kita?

hilang benda bid'ah suma di  hati tu?


okay
baru baru nih baru lepas malam nisfu syaaban ,

aku perhatikan ramai yang semangat

semangat nan  buat puasa sunat,

solat sunat,.

tapi masalahnya semua itu tiada dalam mana mana hadis sahih

nak buat boleh,

tapi time Allah nak bagi syafaat jaa baru nak buat

masalah gak derr,.

patutnya kita ni yang memohon syafaat dari Allah S.W.T.

nak bubuh gambar tapi tak boleh nak masuk,

maaf..

tapi ingat akan sesuatu ,.

bila mana kita merasakan diri kita jauh dari Allah,

sebenarnya,

Allah tidak pernah meletakkan jarak di antara 

Dia dan hambaNya ..

Wasalam ,.








Saturday, 31 May 2014

dalca 😰

Assalamualaikum,.


dalca ,

kapa taw dalca tu apa?

kapa -hampa

taw - tahu

dalca - makanan yang ada ayam/daging,kentang ,carrot, terung
dan dibuat macam gulai .

aku lapar ka tetiba sebut dalca ?

tidak wahai anak anakku ,.

sebonarnya ehh

aku nak cerita macam macam harini 

sebut tu dia jadi dalca sikit .

hikhokkkk xD

kita selalu mulakan sesuatu majlis dengan 

ibu kitab, al-fatihah kan?

so ,jom dengaq pasai al-fatihah dulu ..

al-Fatihah

kita kita ni sekarang suka mulakan sesuatu dengan 

ibu kitab kan ?

bagus sebenarnya

amattt amattt amattt bagus sekali ! 👍👍

al-Fatihah ini banyak fungsi sebenarnya 

melainkan dari ibu kitab sahaja,

aku kutip nih dari ustaz Sharhan Shafie,

pengamal perubatan Islam n pendakwah bebas.

1. kena sengat 

ambil air ,bubuh garam di dalamnya
dan 
baca al-Fatihah 21 kali ,
dan 
sapu pada tempat sengatan 

beserta niat kepada Allah .

2.Mata

untuk mata yang elok ,

amalkan baca 40 kali al-Fatihah selepas solat subuh

dan lepas habis baca tu ,

calitkan air liur di kedua dua kuku ibu jari tangan

dan sapukan di kedua dua mata 

beserta niat kepada Allah .

3. Minda 

untuk minda yang lupa,

tulis al-Fatihah di atas pinggan putih 

tulis tu guna za'faran yaa,

bukan marker,racun tu!

lepas tulis,larutkan dalam air dan minum 

beserta niat kepada Allah 

4. resdung 

sapa sapa yang resdung ,

macam aku nih ,kuakuakua

ambil air kolah masjid .

air kolah pun jangan yang ada paip

nak yang cedok sendiri.

ambil air tu ,secebok gitu laa kan,.

baca al-Fatihah ,

sedut ke dalam hidung beserta niat 

kepada Allah Ya Rahman Ya Rahim ,.

kenapa ayaq kolah masjid?

air kolah rumah kita tak boleh ka?

sebab,.

air kolah masjid adalah air yang mendengar 

azan 5 kali sehari,

mendengar iqamat,

mendengar bacaan bacaan al-Quran setiap hari .

aku bagi 4 dah laa.

nak bebanyak,

cari buku ustaz Sharhan bertajuk "rahsia al-Fatihah"

kalau rasa segan nak beli ,

tunggu aku beli ,nanti cheq post lain.


okiaq okiaq ,.

setiap orang ada masalah kan?

well,to tell the truth,

if He's tested you 

its because He love you dearly ,

be tough enough to handle it :)




so beauty,


Wasalam ,.

Tuesday, 27 May 2014

celah mana islam kau ?

Assalamualaikum,.

AllahuAkbar

sessesiapa yang tengok berita mesti tahu akan kes ni

tentang kes rogol 

38 orang perogol merogol 2 pelajar tingkatan tiga 

secara bergilir gilir 

dan terjadinya hal itu di Kelantan .

Ya Allah ,

bila terjadinya hal macam ini,

apa yang si mangsa boleh buat hanyalah report polis

dan hal tu masuk berita .

Lillah !

derita yang amat sangat akan dirasai sang mangsa

1, trauma

sudah semestinya sebab kalau sampai 38 orang keliling

dan buat depa camtu ,

sedihnya ya Allah 😭

2 , 3 orang laki keliling aku pun dah tak tertahan

apatah lagi sampai 38 orang,

Nauzubillahiminzalik..

2, masalah dalaman

bila dikatakan tentang masalah dalaman

ada banyak yang menakutkan bakal berlaku,

kemaluan sang mangsa mungkin akan koyak

dan andai ada antaranya yang mengandung ,

bagaimana ya Allah,.

besarnya dugaan mereka ..

3, masalah ini cukup besar 

namun apa yang sang perogol bakal terima?

Malaysia negara Islam ,

tapi bila mohon dilaksanakan hukum hudud,

semua senyap sepi

hukum sendiri dicipta

walhal hukum Allah ditolak tepi.

atas setiap hukuman yang perlu dilaksanakan 

menggunakan hudud

tapi 

tidak dilaksanakan ,

akan ada balasan mengapa kamu membiarkan sahaja

hukum itu tidak dilaksanakan 

ingat!

apa yang mereka tanggung,

tapi 

kamu tidak berikan hukuman yang setimpal,

jawab di akhirat nanti sebaiknya !

itu sang penghukum,

kalau sang perogol pulak.

siksanya lagi berat

engkau tunggulah jawapannya di akhirat nanti !

di India yang merogol dalam sedozen

tapi 

kecoh satu dunia

di sini 38 orang !

malukan negara ,bangsa saja !

ni masalah kalau kecik kecik tak mow mampuih

besaq besaq pi rogol anak dara orang !

nafsu besaq harimau !

moga mereka mendapat balasan setimpalnya 

andai tidak di dunia,

di akhirat takkan terlepas jua !

Wallahualam,

Wasalam ,.

Thursday, 22 May 2014

eh eh ,camna redha tu eh ?

Assalamualaikum,.
eh eh awak !

eh eh kamu !

hahahah

lately aku suka the ('eh eh ')

xD

rasanya tak larat nak diungkap dah perkara ni,

tapi

aku rasa macam perlu berceritera

sebab 

ramai antara kita sekarang ini yang cukup sukar

untuk redha.

berat .

redha nih berat .

sebelum nak mencapai redha yang sebenar benarnya ,

ada jalan yang penuh dengan batu kerikil untuk dilalui

kenapa batu kerikil ?

sebab batu kerikil ini kita anggap biasa

sekadar batu kecil.

lainlah kalau duri ye dakk ?

tapi cuba jalan dan hadapinya dengan perlahan lahan 

sampai ke otak nih bernanah 

dush !

tapi kalau kita nikmati redha yang sebenar benarnya ,

percaya cakap ana.

kita akan rasa suatu nikmat yang Allah beri itu 

terlalu besar .

perasaan tu

tidak boleh diungkap.

terlalu tenang .

terlalu lapang .

aku pernah merasai nikmat redha itu .

di mana ,dalam aku menjalani sesuatu perkara

sebelum aku merasakan redha itu 

agak lama

dan

agak menyedihkan 

tapi

selepas itu,aku menerima satu lagi ujian 

berkenaan dengan perkara itu.

bila aku dapat taw tentang hal tu,

aku senyap .

agak terasa tapi tak banyak

tapi

apa yang pasti,

aku terasa lapangnya

aku tak menangis

aku terasa sesuatu yang tak boleh diberitahu

di mana hal itu kita terima dengan seadanya .

percaya pada Allah

sebab semua ini sudah tertulis

sejak aku di dalam perut mak lagi .


sebab tulaa

sudah difirman oleh Allah S.W.T.

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan
yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan,
akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka.” 
 (Al Ahzab :36)


redha itu hanya satu perkataan

tapi 

satu perkataan itu yang menentukan samada kita kuat

satu perkataan itu yang menandakan samada kita tabah

setiap orang ada ceritanya sendiri .

nak tak nak ,

kita tetap kena terima

tapi

kalau setakat kau putus cinta jaa

tapi 

mak bapak kau ada

duit kau tak pernah kering kontang

makan 3-4 kali sehari

sihat walafiat demam setahun sekali

ada katil untuk tidoq

pikirlah banyak kali 

kenapa nak terus menerus bersedih ?

kalau terus bersedih juga

tu maknanya hang memang tak reti bersyukur

Wallahualam.

Wassalam,.