Assalamualaikum,.
satu kisah yang saya nak share..
tentang suatu benda yang makin dilupakan kita..
AKULAH MUKJIZAT AKHIR ZAMAN..
"Salam Ramadhan",kau tuliskan dalam twitter.
"Enaknya lauk berbuka",kau ungkapkan di facebook.
"Tidak larat pergi terawih",semua status menjelma .
tidak kisah di laman keek,blog atau apa saja di alam maya..
oh ya,belum ditambah lagi dengan status dan foto
berkaitan kuih dan baju raya,langsir bahkan perabot baru.
rajin sekali.
tidak pernah sehari engkau tidak melupakan rakan-rakanmu itu.
tapi sayang,engkau kurang mengingati aku.
sepatutnya,akulah yang engkau raikan.
akulah yang lebih berkepentingan.
akulah yang harus diberi keutamaan.
mengapa?
kerana ini adalah bulan kelahiranku.
lahirku bukan calang-calang.
aku membawa peringatan,sumber aturan kehidupan.
petunjuk sepanjang zaman.
jadi pembea antara hak dan batil.
ya,Ramadhan bulan kelahiranku.
bulan yang dipenuhi kemuliaan,dilimpahi keberkatan.
maka,engkau dendangkan daku.
alunkan catatanku.
tahukah engkau mereka yang tidak mengalunkanku diibaratkan bagi sebuah
rumah yang 'rosak'.
bersama denganku,akan turunlah ketenangan.
berhujankan rahmat dan dikerumuni para malaikat.
sentiasalah engkau mengingatiku.
kerana aku tidak suka jika dijadikan sebagai perhiasan.
sesungguhnya kelak bila sampai waktu perhitungan,
aku akan datang dalam bentuk indah seindahnya.
menemui para pembaca dan penghafalku.
ketika itu,aku akan bertanya kepada mereka,
"kenalkah kamu kepadaku?"
dan orang yang pernah membacaku itu kan bertanya semula,
"siapakah engkau?"
maka aku menjawab" akulah yang pernah engkau cintai dan engkau sanjungi
sewaktu hidupmu sehingga engkau sanggup bangun malam kerana mahu
menghayatiku,Akulah al-Quran.!!"
lalu aku akan membantu mereka di saat perhitungan itu .
bahkan,kedua orang tuanya juga turut mendapat syafaat.
oleh itu,janganlah kalian melupakan aku.
kerana akulah pembela kalian bila tiba saatnya kelak.
sesungguhnya jika engkau beramal denganku,
pahalalah ganjarannya.
jika engaku berhukum denganku,
adillah ia.
jika engkau berkata denganku,
maka benarlah perkataannya.
namun,
jika seandainya engkau sering melupakanku,
maka engkau tergolong bersama sama dengan orang yang sentiasa berada
dalam kerugian di dunia dan akhirat.
BACALAH AKU.!
AKU MUKJIZAT AKHIR ZAMAN.!
Wasalam..


No comments:
Post a Comment