Wednesday, 5 December 2012

ulat kecil II

Ulat kecil tersebut mula memikirkan samada dia perlu membantu si daun ataupun tidak dalam memperkenalkannya dengan ulat lain yang disukai si daun..


Apabila 2 malam dia membuat keputusan dan selepas menghabiskan air matanya untuk si daun itu,si ulat kecil memilih untuk membantu si daun mencari si ulat yang seekor lagi.


Berbagai cara yang dilakukan oleh si ulat kecil itu untuk mencari  ulat kesukaan si daun,dia banyak bertanya kepada rakan-rakannya samada mengenali ulat tersebut atau tak..

Ulat akan bertanya rakan dekatnya ataupun teman jauhnya..
kekadang dia akan melawat teman sekoloni si ulat tersebut..

Mungkin bagi orang laen,perkara yang dilakukannya itu perkara bodoh,tetapi..bagi si ulat kecil itu,dia tidak kisah asalkan..si daun gembira..


Ulat kecil mengganggap dirinya menolong si daun yang juga rakannya jua..kengkawan satu koloni si ulat kecil memarahinya tapisi ulat berkata bahwa dia sudah bertekad untuk menolong si daunwalaupun..si daun membuatnya kecewa..



Si ulat kecil cari,cari,cari dan mencari hinggalah dia dapat tahu dari seorang rakan si ulat yag juga rakan ulat seekor lagibagaimana caranya untuk hubungi ulat kegilaan si daun itu..

Sejurus itu,ulat kecil terus memberitahu kepada si daun akan hal tersebut..ulat kecil dapat merasakan bahawa si daun gembiradengan apa yang diperolehinya..si daun meminta si ulat untuk membantunya mengenalkan ulat lain itu kepad si daun..


Maka,si ulat kecil dengan senyum dan tawanya berkata dia akan membantu si daun..
bagi ulat-ulat lain,mungkin mereka akan mengganggap ulat kecil sudah bodoh kerna sanggup membuat begitutapi tidak bagi dirinya kerna dia tahu dengan cara itusi daun akan berasa seronok..





* Biar kita jadi seperti ubat nyamuk yang membakar dirinya untuk kegunaan orang lain asalkan orang lain akan beras selamat dan gembira dengan adanya kitA.. *








No comments:

Post a Comment