Monday, 3 December 2012

ulat kecil

Assalamualaikum..

     
saya ada satu cerita tentang pengorbanan ulat kecil terhadap daun yang disukainya..

Maka bermulalah satu cerita ini pabila ada seekor ulat kecil yang hanya hidup bergantung kepada daun-daun sahaja..Apakan tidak,itu sahaja makanannya..

Ulat kecil ini merayap ke merata dahan mahupun pohon untuk mencari dedaun..namun apa yang menghairankan bagi ulat ini ialah pabila dia hanya memakan daun yang tidak digemarinya..daun yang disukainya tidak akan dimakan tetapi dia sentiasa melawat daun-daun tersebut kerna sayangnya ulat tersebut kepada daun itu..

Daun yang menjadi kegemarannya itu tahu akan ulat tersebut yang suka padanya...oleh itu apabila ulat datang melawatnya,si daun pasti akan tersipu malu..

Ulat datang melawat hanya kerna mahu melihat keadaan daun itu sahaja dan terkadang dia tidak akan menunjukkan dirinya..
namun,makin lama si ulat kecil itu berkawan dengan daun..si daun tersebut juga tahu tentang si ulat yang sukakannya namun si daun hanya mendiamkan dirinya dan hanya tersenyum pabila bertemu dengan si ulat..


Apabila mereka bertemu,si ulat akan bercakap seperti biasa dan untuk mengurangkan rasa malunya,dia akan bercakap seperti rakan
biasa dan terkadang dia akan membawa rakannya bersama...

Si daun pun begitu jua.dirinya sentiasa dikelilingi rakan-rakannya dan oleh sebab itu lah,si ulat sentiasa berasa malu dengannya..

Si daun tahu bahwa si ulat menyukainya pabila si ulat memberitahunya dan dia hanya ketawa dan tersenyum bila mengetahui tentang hal itu..
Si ulat berasa malu apabila mendapat tahu bahwa si daun tahu tentang perasaanya kerna dia seekor ulat betina..
Malunya bukan kepalang tapi apakan daya,itu perasaan sebenarnya

hinggalah suatu hari...

Si ulat tidak tertahan lagi berasa malu akan kepada si daun lalu,dia membuat keputusan untuk memberitahu kepada si daun bahawa apa yang dikatakannya sebelum itu tentang perasaanya kepada si daun hanyalah lawak sahaja...

itu bukan keinginannya namun untuk mengelakkan dia terus berasa malu,itulah keputusannya..

namun apa yang menyakitkan apabila si daun memberitahu si ulat bahawa dia sukakan ulat yang lain..si ulat tersebut hanya mampu tersenyum mendengar apa yang dikatakan si daun..

Dia tersenyum walhal hatinya menangis..si daun juga meminta tolong daripadanya untuk mengenalkan si ulat yang diminatinya itu kepada dia..

Si ulat tersebut hanya tersenyum..dia berjanji akan menolong si daun...walhal dia menyesal beritahu si daun bahawa dia bergurau sahaja akan perasaannya..


-Walaupun Apa Yang Diutarakan Oleyh Seseorang Itu Hanya Gurauan,Ambil Laa Sebagai Suatu Kebenaran Kerna Dalam Gurau Itu Ada Benarnya...-



shahirasalim57